Pengetua


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan keizinanNya, laman web rasmi sekolah dapat disiapkan dengan jayanya.

Dengan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas serta jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha menjayakan Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Putera ( Sekolah Sukan Negeri Kelantan ).
Dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ini dapat dilihat begitu banyak organisasi menggunakan laman web dan portal masing-masing dalam pelbagai urusan harian seperti urusan perbankan, pendidikan, pemasaran, komunikasi dan forum secara terus-menerus melalui komputer.
Ini adalah satu usaha bernas yang harus kita teruskan bagi menyahut seruan Kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang celik IT dan menjadikan komputer sebagai saluran utama untuk komunikasi . Justeru itu adalah wajar untuk mewujudkan laman web sekolah, ini membolehkan para pelajar, guru - guru dan ibubapa meneroka dan menjelajahi dunia teknologi maklumat yang begitu dinamik dan mencabar.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang berjaya membangunkan Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Putera ini. Saya berharap agar laman web sekolah ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak serta menjadi satu titik tolak ke arah mengautomasikan sistem pentadbiran dan pendidikan di sekolah.
Sekian, Terima kasih
PN HJH WAN DALILAH BINTI WAN ALWI
Pengetua
Sekolah Menengah Putera

Kota Bharu,Kelantan


BIODATA PENGETUA :
Nama Penuh : PN HJH WAN DALILAH BINTI WAN ALWI

Jawatan : Pengetua

Tarikh bertugas di Putera :

Pendidikan Awal :
1. SK Mulong Kota Bharu,Kelantan
2. SMK Mulong,Kota Bharu,Kelantan
3. Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1982 ) ( B.A Hons )
( Geografi & Psiologi Kaunselling

Kata-kata hikmat : " Kerja kuat dan pengalaman diri adalah kunci kejayaan cemerlang.
Kita perlu berkorban untuk merealisasikan 'Putera Hebat' di bidang
akademik & Ko.Kurikulum dan kemenjadian pelajar "



JASAMU DIKENANG
Senarai Nama Para Pengetua SMK Putera
Sekarang : Pn Hjh Wan Dalilah bt Wan Alwi
Tn Hj Wahab bin Mamat
Pn Hjh Nor Aini
Hj Che Jusoh
En. Mohd Noori b Ismail ( 1965-1966)
En. Khaw Mong Hua ( 1966 )
En. Kassim b Ahmad ( 1966 - 1969 )
En Zainal Abidin Hj Ahmad ( 1969 - 1971 )
En. Wan Hassan b Wan Majid ( 1972 )
En Adnan b Hassan ( 1972 - 1977 )
En Ismail b Abas ( 1977 - 1979 )
En. Ab Rahman b Ali ( 1980 )
Tn Hj Mohd Salleh b Hj Hussain ( 1981 - 1983 )
Tn Hj Omar b Hj Zainal ( 1983-1989)
Tn Hj Tg Hamzah b Tg Hj Ismail ( 1990 - 1992 )
Tn Hj Ab Rahman b Hj Jusoh ( 1992 - 1995 )
Tn Hj Mohamed Hashim b Hj Idris ( 1995 )
Tn Hj Mohamad @ Shamsudin b Awang ( 1995 - 1998 )
Tn Hj Hussin b Awang ( 1998 - 2000 )
Tn Hj Abu Bakar b Ibrahim ( 2000 - 2001 )
Tn Hj Che Jusoh b Ismail ( 2001 - 2005 )
Pn Noraini bt Ismail ( 1/9/05 - 29/9/06 )
(Meninggal Dunia Ketika menjawat jawatan )
Tn Hj Wahab b Mamat ( 1/11/2006 - 26/11/2012 )
Hjh. Wan Dalilah Binti Wal Alwi




AddThis Social Bookmark Button


Word of the Day

This Day in History

Quote of the Day
 

Design by Amanda @ Blogger Buster