Profil Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Putera mempunyai 1015 orang pelajar manakala guru seramai 77 orang iaitu 68 siswazah dan 9 bukan siswazah.Di samping itu,SMK Putera mempunyai 16 kakitangan sokongan dan 9 orang kakitangan swasta.Walaupun SMK Putera mempunyai konotasi bermaksud 'lelaki' tetapi bilangan pelajar perempuan semakin bertambah setiap tahun.

Dari segi bilangan kelas,terdapat 39 kelas dari Tingkatan Satu hingga Enam Atas.Bilangan kelas
Tingkatan 1(5 kelas),Tingkatan 2 ( 5 kelas), tingkatan 3 ( 6 kelas ),Tingkatan 4 (9 kelas ),
Tingkatan 5 ( 6 kelas ),Tingkatan 6 Rendah ( 3 kelas ) dan Tingkatan 6 Atas (3 kelas ).SMK Putera juga menawarkan satu kelas Rancangan Khas Tingkatan Satu dimana pengambilan pelajar berdasarkan sekurang-kurangnya 3A UPSR

Dari segi kemudahan fizikal,SMK Putera mempunyai enam blok bangunan bilik darjah dan hampir semua bilik diguna pakai,sebuah dewan besar,sebuah makmal komputer dan dua blok asrama yang menempatkan 300 pelajar,dua warden dan seorang penyelia asrama.

SMK Putera telah menjadi Pusat Kecermelangan Sukan pada tahun 2005 iaitu sebagai pusat petempatan pelajar cemerlang akademik dan sukan.Pemilihan pelajar dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri melalui ujian dan pencapaian akademik.

Beberapa kemudahan prasana disediakan seperti bilik sukan,mini gimnasium dan kemudahan sukan iaitu olahraga,hoki,ping pong,bola sepak,gimnastik,dan tenis.Bidang sukan lain akan diperluaskan dari semasa ke semasa.

Dari segi prestasi akademik,pada tahun 2005,peringkat PMR - pencapaian agak baik iaitu 57.38% lulus semua mata pelajaran.Pencapaian setiap mata pelajaran agak memberangsangkan.Peringkat SPM ,pencapaian 96.2% kelulusan am.Dari segi kecermerlangan masih kurang hanya mampu memperoleh 6A ( seorang ).Peringkat STPM iailah 91 calon dan SMK Putera mendapat 15 orang ( 5P ) dan 20 orang (4P) dan lulus penuh seramai 84 orang iaitu 93.3%.

Dari segi pencapaian ko-kurikulum seperti persatuan,kelab,badan uniform,permainan,perkhemahan dan kejohanan olahraga telah dilaksana oleh pihak sekolah dan mendapat sokongan ibu bapa.Dari segi pencapaian pelajar SMK Putera telah mencapai lebih kurang 51 kejayaan sama ada di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa.Pelajar SMK Putera juga terlibat dalam sambutan Hari Keputeraan Al-Sultan dan sambutan Hari Kemerdekaan,

AddThis Social Bookmark Button


Word of the Day

This Day in History

Quote of the Day
 

Design by Amanda @ Blogger Buster