Web Teacher ( Coodinator )

Assalamualaikum w.b.t

Rasa syukur dipanjatkan kepada Allah Yang Akbar,kerana dengan limpah dan kurniaNya,penubuhan laman web Perintis Online ini dapat disempurnakan penerbitannya.

Dengan hambatan tugas-tugas lain yang juga memerlukan komitmen,penubuhan ini begitu mencabar kemampuan saya sebagai guru penyelaras.Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak pentadbir ang memberi sokongan dan dorongan serta guru-guru yang terlibat dalam penubuhan laman web ini.Tidak lupa juga kepada Sidang Redaksi Majalah Sekolah yang memberi komitmen mereka dalam menjalankan tugasan ini seperti sesi fotografi,dan webmaster yang mencorakkan dan menghiasi laman web ini.Dengan bantuan dari semua pihak yang penuh jerih dan dedikasi,laman web Perintis Online ini dapat mensajikan warga Putera dengan penuh "warna - warni ".

Akhirul kalam,saya sebagai guru penyelaras,merafak sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya penubuhan laman web ini khasnya di dalam bentuk fotografi,tidak memuaskan cita rasa semua warga Putera.


Terima kasih diatas sokongan dan dorongan semua.

Selamat menorokai laman web ini.

Tn Hj Nahar Sham b Mat Ajid
Guru Penyelaras
Perintis Online

Biodata :

Guru Penyelaras :

Nama : Tuan Hj Nahar Sham B Mat Ajid

Jawatan : Guru penolong

Mula bertugas di Putera : Januari 1982

Pendidikan Awal :
1. SRK Khir Johari,Sg Sumun,Perak
2. SRK Horley Methodist,Teluk Intan,Perak
3. SMK Horley Methodist,Teluk Intan,Perak
4. Maktab Perguruan Kinta,Ipoh,Perak
5. Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang ( B.A Hons )
5.


Kata Aluan : " The Secret of a happy life is to do work you enjoy and then you'll too busy to know whether you're happy or not "

AddThis Social Bookmark Button


Word of the Day

This Day in History

Quote of the Day
 

Design by Amanda @ Blogger Buster